1Yesus berdoa di suatu tempat dan setelah Dia berhenti, seorang daripada murid-Nya berkata, “Tuhan, ajarlah kami berdoa seperti Yohanes mengajar murid-muridnya.”
2Yesus berkata kepada mereka, “Apabila kamu berdoa, katakanlah:
‘Ya Bapa, Sucilah Nama-Mu;
Datanglah kerajaan-Mu;
3Berilah kami makanan setiap hari;
4Ampunkanlah dosa-dosa kami,
sebagaimana kami mengampuni setiap orang yang bersalah terhadap kami;
janganlah biarkan kami tergoda.’ ”
5Yesus meneruskan kata-Nya, “Siapakah antara kamu yang akan pergi kepada sahabatnya pada lewat malam lalu berkata kepadanya, ‘Hai sahabat, pinjamilah aku tiga buku roti
6kerana seorang sahabatku telah singgah di rumahku dalam perjalanannya dan aku tiada makanan apa-apa untuk dihidangkan.’
7Sahabat itu menjawab dari dalam rumahnya, ‘Janganlah ganggu aku kerana pintu sudah dikunci dan kami semua telah pun masuk tidur. Aku tidak dapat bangun dan memberikan apa-apa.’ ”
8Yesus berkata, “Aku berkata kepadamu bahawa sungguhpun, dia tidak mahu bangun memberikan pinjaman itu kepadamu kerana kamu sahabatnya, tetapi dia akan bangun juga dan memberikan pinjaman seberapa banyak yang kamu perlukan kalau kamu tidak segan untuk terus meminta daripadanya.
9Oleh itu, Aku berkata kepadamu: Mintalah, dan kamu akan menerimanya; carilah, dan kamu akan mendapatnya; ketuklah pintu, dan pintu akan dibuka untukmu.
10Setiap orang yang meminta akan menerima, setiap orang yang mencari akan mendapat; dan setiap orang yang mengetuk, pintu akan dibuka untuknya.
11Bapa yang manakah antara kamu akan memberikan ular kepada anaknya yang meminta ikan,
12atau memberikan kala jengking kalau dipintanya telur?
13Kamu yang berdosa pun tahu memberikan yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta daripada-Nya!”
Yesus dan Beelzebul14Yesus menghalau roh iblis daripada seorang yang bisu. Setelah roh itu keluar, orang bisu itu pun mula bercakap. Orang ramai pun tercengang.
15 dan diberi salam hormat di pasar.
44Malangnya kamu! Kamu umpama kubur-kubur yang tidak bernisan, yang dipijak-pijak tanpa disedari oleh orang yang berjalan di atasnya.”
45Seorang daripada ahli Taurat berkata kepada Yesus, “Guru menghina kami juga apabila Guru berkata sedemikian.”
46Yesus berkata, “Malangnya kamu ahli-ahli Taurat, kerana kamu meletakkan beban yang berat ke atas bahu orang lain, tetapi kamu sendiri tidak menghulurkan satu jari pun untuk menolong mereka memikul beban itu.
47Malangnya kamu! Kamu membina makam untuk nabi-nabi yang telah dibunuh oleh nenek moyangmu.
48Oleh itu, kamu menyetujui perbuatan nenek moyangmu itu; kerana mereka telah membunuh nabi-nabi itu tetapi kamu membina makam mereka pula.
49Dengan itu, kebijaksanaan Allah telah mengatakan, ‘Aku mengutus nabi-nabi dan rasul-rasul kepada mereka, yang sesetengahnya akan dibunuh atau dianiayai oleh mereka.’
50Jadi, orang zaman ini akan dihukum atas pembunuhan semua nabi sejak dunia dicipta,
51 Ya, Aku berkata kepadamu bahawa orang zaman ini akan dihukum atas pembunuhan semua nabi itu.
52Malangnya kamu, ahli-ahli Taurat! Kunci ilmu telah kamu ambil; kamu sendiri tidak mahu masuk tetapi kamu menghalang orang yang memasukinya.”
53Setelah Yesus keluar dari rumah itu, ahli-ahli Taurat dan orang Farisi mula mengecam Dia. Mereka menanya-Nya tentang banyak perkara,
54dan cuba memerangkap Dia dengan mencari kesalahan dalam sesuatu yang dikatakan-Nya.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.