1Enam hari kemudian, Yesus membawa Petrus, Yakobus dan Yohanes, saudara Yakobus, pergi bersunyi di atas sebuah gunung yang tinggi.
2Di situ Yesus berubah rupa di hadapan mata mereka. Wajah-Nya bersinar seperti matahari dan pakaian-Nya putih berkilau-kilauan.
3Elia dan Musa muncul pula di hadapan mereka lalu bercakap dengan Yesus.
4Petrus berkata kepada Yesus, “Tuhan, baik sekali kami ada di sini. Kalau Engkau mahu, biar kudirikan tiga buah khemah; satu untuk Engkau, satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Elia.”
5
21Jenis ini hanya dapat dihalau dengan berdoa dan berpuasa.”
22Ketika semua murid Yesus berhimpun di Galilea, Yesus berkata kepada mereka, “Anak Manusia akan diserahkan kepada manusia.
23Mereka akan membunuh-Nya, tetapi Dia akan dibangkitkan semula pada hari ketiga.” Mendengar kata-kata itu, para murid Yesus berdukacita.
Membayar cukai24 Kel 30:13; 38:26. Apabila Yesus dan murid-murid-Nya sampai di Kapernaum, pemungut-pemungut cukai dua dirham datang kepada Petrus lalu bertanya, “Adakah gurumu membayar cukai Bait Suci?”
25Petrus menjawab, “Tentu sekali.”
Sebaik-baik Petrus masuk ke rumah, sebelum dia dapat berkata apa-apa, Yesus bertanya, “Simon, bagaimana pandanganmu, daripada siapakah raja-raja dunia ini memungut cukai, daripada anak-anak mereka atau orang lain?”
26“Orang lain,” jawab Petrus.
“Kalau begitu,” kata Yesus, “anak-anak tidak perlu membayar.
27Tetapi usahlah kita singgung perasaan orang. Pergilah memancing di laut. Ambillah ikan pertama yang kautangkap, dan bukalah mulutnya. Engkau akan mendapati sekeping duit syiling sebesar empat dirham. Ambillah duit itu dan berikan kepada mereka, untuk-Ku dan untukmu.”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.