Rut 2 - Alkitab Versi Borneo

Rut bertemu dengan Boas

1Di sebelah suaminya, Elimelekh, Naomi mempunyai seorang kaum kerabat bernama Boas yang kaya-raya.

2 barli.

18Maka dia membawa pulang hasil usahanya ke dalam kota dan Naomi melihat hasil kutipannya. Kemudian Rut mengeluarkan baki makanannya dan memberikannya kepada mertuanya.

19Bertanyalah mertuanya, “Di manakah kamu mengutip hari ini? Di manakah kamu bekerja? Semoga diberkatilah orang yang telah memperhatikan kamu itu!”

Rut pun menceritakan kepada mertuanya bahawa dia bekerja dengan seseorang. Katanya, “Hari ini aku bekerja dengan seorang yang namanya Boas.”

20 Im 25:25. Naomi memberitahu menantunya, “Semoga dia diberkati TUHAN kerana kebaikan-Nya tidak akan meninggalkan baik orang yang hidup mahupun yang telah mati.” Seterusnya Naomi berkata, “Orang itu kaum kerabat kita yang dekat, dan dialah salah seorang penebus kita.”

21Lalu berkata Rut, perempuan Moab itu, “Lagipun dia berkata kepadaku, ‘Hendaklah kamu tetap bersama-sama para pekerjaku sehingga mereka menyelesaikan keseluruhan penuaianku.’ ”

22Berkatalah Naomi kepada Rut, menantunya, “Baik juga anakku keluar bersama-sama para pekerja perempuannya supaya tiada orang di ladang lain kelak mencederakan kamu.”

23Maka Rut berada dekat dengan para pekerja perempuan Boas untuk mengutip bulir-bulir sehingga berakhir musim menuai barli dan musim menuai gandum. Dia juga tinggal dengan mertuanya.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help