1Pada waktu itu berkatalah Salomo, “TUHAN telah berfirman bahawa Dia bersemayam dalam kelam pekat.
2Aku telah membina bait agung bagi hadirat-Mu,
tempat Engkau hadir selama-lamanya.”
Pidato Raja Salomo di hadapan orang Israel3Kemudian raja berpaling dan memohonkan berkat untuk seluruh jemaah Israel, ketika seluruh jemaah Israel berdiri.
4
24Jika umat-Mu Israel dikalahkan oleh musuh kerana mereka berdosa terhadap Engkau, kemudian mereka berbalik kepada-Mu, mengakui keagungan nama-Mu, berdoa, dan memohon belas kasihan di hadapan-Mu di bait ini,
25maka dengarlah kiranya di syurga. Ampunkanlah dosa umat-Mu Israel dan bawalah mereka kembali ke tanah yang telah Kaukurniakan kepada mereka serta nenek moyang mereka.
26Apabila langit tertutup dan hujan tidak kunjung turun kerana mereka telah berdosa terhadap Engkau, lalu mereka berdoa dengan menghadap ke tempat ini, mengakui keagungan nama-Mu, dan berbalik daripada dosa mereka kerana Engkau telah menindas mereka,
27maka dengarlah kiranya di syurga. Ampunkanlah dosa hamba-hamba-Mu dan umat-Mu, Israel — kerana Engkaulah yang mengajar mereka jalan baik yang patut ditempuh mereka — dan turunkanlah hujan ke tanah-Mu, yang telah Kaukurniakan kepada umat-Mu sebagai harta pusaka.
28Jika ada bencana kebuluran di negeri, penyakit sampar, kelayuan tanaman, penyakit bijirin, belalang besar, dan belalang pemusnah; jika musuh mengepung salah sebuah kota di negeri mereka; jika ada wabak atau penyakit apa-apa pun,
29lalu seseorang atau seluruh umat-Mu Israel memanjatkan suatu doa atau permohonan sambil menadahkan tangan dengan menghadap ke bait ini kerana masing-masing mengetahui kesusahan dan penderitaan sendiri,
30maka dengarlah dari tempat tinggal-Mu di syurga. Ampunilah, dan balaslah setiap orang selaras dengan segala jalan hidupnya kerana Engkau mengetahui isi hatinya — hanya Engkaulah yang mengetahui isi hati anak-anak manusia.
31Dengan demikian mereka akan takut kepada-Mu dan hidup menurut jalan-Mu selama mereka hidup di tanah yang telah Kaukurniakan kepada nenek moyang kami.
32Juga bagi orang asing yang tidak termasuk umat-Mu Israel, yang datang dari negeri jauh kerana nama-Mu yang besar, tangan-Mu yang perkasa, dan lengan-Mu yang terhulur, apabila dia datang berdoa dengan menghadap ke bait ini,
33maka dengarlah kiranya dari syurga, tempat tinggal-Mu. Bertindaklah selaras dengan semua yang diserukan kepada-Mu oleh orang asing itu. Dengan demikian, segala bangsa di bumi dapat mengenal nama-Mu serta takut kepada-Mu seperti umat-Mu, Israel, dan mereka tahu bahawa nama-Mu diserukan atas bait yang kubangunkan ini.
34Jika umat-Mu maju berperang melawan musuh-musuh mereka, ke mana-mana pun Kausuruh mereka, dan jika mereka berdoa kepada-Mu dengan berkiblat ke kota yang Kaupilih serta ke bait yang kubangunkan bagi nama-Mu,
35maka dengarlah kiranya di syurga doa dan permohonan mereka. Belalah perkara mereka.
36Jika mereka berdosa terhadap Engkau — kerana tidak ada manusia yang tidak berdosa — dan Engkau murka terhadap mereka serta menyerahkan mereka kepada musuh sehingga mereka dibuang sebagai tawanan ke negeri yang jauh atau yang dekat,
37dan jika mereka sedar akan diri di negeri tempat mereka tertawan, lalu berbalik serta memohon belas kasihan kepada-Mu di negeri tempat mereka tertawan itu dengan berkata, ‘Kami telah berdosa, bersalah, dan berbuat fasiq;’
38jika mereka berbalik kepada-Mu dengan segenap hati dan dengan segenap jiwa di negeri tempat mereka tertawan, iaitu tempat kalangan yang menawan mereka; dan jika mereka berdoa dengan berkiblat ke negeri yang telah Kaukurniakan kepada nenek moyang mereka, ke kota yang telah Kaupilih, serta ke bait yang telah kubangunkan bagi nama-Mu,
39maka dengarlah kiranya doa dan permohonan mereka dari tempat tinggal-Mu di syurga. Belalah perkara mereka, dan ampunilah umat-Mu yang telah berdosa terhadap Engkau.
40Sekarang, ya Allahku, biarlah mata-Mu terbuka dan telinga-Mu mendengar doa yang dipanjatkan di tempat ini:
41 Mzm 132:8-10. Ya TUHAN Allah, segeralah hadir di tempat Engkau bersemayam, Engkau dengan tabut kekuatan-Mu.
Biarlah para imam-Mu, ya TUHAN Allah, menyarungkan penyelamatan,
dan biarlah orang salih-Mu bersorak-sorai kerana kebaikan-Mu.
42Ya TUHAN Allah, janganlah berpaling daripada orang yang telah Kaulantik.
Ingatlah kasih abadi-Mu kepada Daud, hamba-Mu itu.”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.