Mazmur 54 - Alkitab Versi Borneo

Untuk pemimpin muzik. Dengan alat-alat muzik bertali. Renungan Daud ketika orang Zif memberitahu Saul, “Daud bersembunyi di kawasan kami.”

1Selamatkanlah aku, ya Allah, dengan nama-Mu;

dan belalah aku dengan kekuatan-Mu.

2Dengarlah doaku, ya Allah;

dengarlah kata-kataku.

3Orang asing telah bangkit menyerangku;

dan orang zalim cuba meragut nyawaku —

mereka tidak ingat akan Allah. Sela

4Allah menolong aku;

Tuhan menyertai orang yang mempertahankan nyawaku.

5Allah akan membalas kejahatan musuhku;

akan menghapuskan mereka dalam kesetiaan-Nya.

6Aku akan mempersembahkan korban kepada-Mu dengan sepenuh kerelaan;

aku akan memuji nama-Mu, ya TUHAN,

yang penuh kebaikan.

7Kerana Allah telah menyelamatkan aku daripada segala kesusahan,

dan mataku telah melihat hasratku tercapai dengan ketewasan musuhku. Sela

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help