1Ya TUHAN, ya Allahku,
pada-Mu aku bernaung;
selamatkan dan lepaskan aku daripada semua yang memburuku,
2jangan biarkan mereka mengoyak-ngoyakkanku seperti singa
dan mencarik-carikku tanpa sesiapa melepaskanku.
3Ya TUHAN, ya Allahku,
jika aku telah melakukan ini
dan tanganku bergelumang dosa —
4jika aku telah berbuat jahat kepada orang yang baik denganku
atau tanpa sebab aku telah merampas milik musuhku —
5maka biarlah musuhku memburu dan menangkapku;
biar dia melanyak nyawaku ke tanah dan membuatku tidur dalam debu. Sela
6Bangkitlah, ya TUHAN, dalam kemarahan-Mu;
bangkit melawan keberangan para musuhku.
Jagalah, ya TUHAN; firmankan keadilan.
7Biarlah perhimpunan jemaah umat mengelilingi-Mu.
Perintahlah mereka dari tempat-Mu yang tinggi;
8biar TUHAN menghakimi segala umat.
Hakimi aku, ya TUHAN, berasaskan perbenaranku,
berasaskan keikhlasanku,
Ya TUHAN Maha Tinggi.
9 Why 2:23. Ya Allah yang benar,
yang menyoroti fikiran dan hati,
tamatkan keganasan orang zalim
dan pastikan keselamatan orang yang benar.
10Perisaiku Allah Maha Tinggi,
yang menyelamatkan orang tulus.
11Allah hakim yang benar,
Allah menunjukkan kemurkaan-Nya setiap hari.
12Jika manusia tidak bertaubat,
Dia akan mengasah pedang-Nya;
Dia akan memasang panah-Nya.
13Dia telah menyiapkan senjata-senjata-Nya yang membawa maut;
Dia menyediakan anak-anak panah-Nya yang menyala.
14Orang yang menghamilkan kejahatan
dan membenihkan kekacauan akan melahirkan kekecewaan.
15Orang yang menggali lubang
akan jatuh ke dalam lubang yang digalinya.
16Kekacauan yang disebabkannya akan memantul ke atas dirinya;
keganasannya menimpa kepalanya sendiri.
17Aku akan bersyukur kepada TUHAN
kerana apa yang dilakukan-Nya adalah benar
dan akan menyanyikan pujian bagi nama TUHAN Maha Tinggi.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.