1
5Lalu aku mengakui dosaku kepada-Mu
dan tidak menyembunyikan kejahatan dosaku.
Kataku, “Aku akan mengakui keingkaranku kepada TUHAN” —
maka Engkau mengampunkan dosaku. Sela
6Oleh itu, setiap orang yang warak hendaklah berdoa kepada-Mu
ketika Engkau masih dapat dicari;
apabila banjir besar melanda,
tentulah dia akan terselamat.
7Engkau tempatku berlindung;
Engkau akan menaungiku daripada kesusahan
Engkau akan memeliharaku dengan nyanyian penyelamatan. Sela
8Aku akan mendidik dan mengajarmu ke jalan yang benar;
Aku akan membimbingmu dengan mata-Ku.
9Janganlah berkelakuan seperti kuda atau keldai, yang tidak berakal
dan perlu dipasangkan tali serta kekang supaya menurut kata.
10Orang zalim akan menanggung pelbagai penderitaan,
tetapi orang yang percaya kepada TUHAN akan dilimpahi kasih setia.
11Bersukacitalah dalam TUHAN dan bergembiralah, wahai orang yang benar;
dan bersoraklah dengan girang, wahai semua orang yang tulus hati!
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.