Mazmur 95 - Alkitab Versi Borneo

1Marilah, marilah kita menyanyi untuk TUHAN;

marilah kita bersorak riang untuk Batu Pejal penyelamatan kita.

2Marilah kita pergi ke hadirat-Nya sambil mengucap syukur,

marilah kita bersorak riang untuk-Nya dengan mazmur.

3Kerana TUHAN ialah Allah Yang Maha Besar,

Raja besar di atas semua tuhan.

4Dalam tangan-Nya tempat-tempat dalam di bumi,

bukit-bukau yang tinggi juga milik-Nya.

5Laut milik-Nya kerana Dia yang menjadikannya,

dan tangan-Nya membentuk daratan yang kering.

6Marilah, marilah kita menyembah dan tunduk,

marilah kita berlutut di hadapan TUHAN Pencipta kita;

7 Ibr 3:7-11. Ibr 3:15; 4:7. kerana Dia Allah kita

dan kita umat-Nya, kawanan domba di bawah tangan-Nya.

Hari ini, jika kamu mahu dengar suara-Nya,

8 Kel 17:1-7; Bil 20:2-13. janganlah keraskan hatimu, seperti di Meriba,

seperti pada hari di Masa di padang gurun,

9ketika nenek moyangmu menguji-Ku,

mereka mencuba-Ku meski mereka telah melihat perbuatan-Ku.

10Selama empat puluh tahun Aku berdukacita dengan keturunan itu;

dan Aku berkata, “Kaum ini sesat dalam hatinya, dan tidak mengenal jalan-Ku.”

11 Bil 14:20-23; Ul 1:34-36; Ibr 4:3,5. Ul 12:9,10. Oleh itu, Aku bersumpah dalam kemurkaan-Ku,

“Mereka tidak akan masuk dalam rehat-Ku.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help