Mazmur 105 - Alkitab Versi Borneo

1Bersyukurlah kepada TUHAN, serulah nama-Nya;

beritahulah bangsa-bangsa tentang perbuatan-Nya.

2Menyanyilah untuk-Nya, nyanyikan mazmur untuk-Nya;

katakanlah segala hasil kerja-Nya yang menakjubkan.

3Muliakanlah nama-Nya yang suci;

biarlah hati mereka sukacita, mereka yang mencari TUHAN.

4Carilah TUHAN dan kekuatan-Nya;

carilah wajah-Nya selama-lamanya.

5Ingatlah perbuatan-Nya yang menakjubkan,

mukjizat-Nya, dan hukum-hukum yang difirmankan-Nya,

6Wahai benih Abraham hamba-Nya,

kamu anak cucu Yakub, orang pilihan-Nya.

7Dia TUHAN Allah kita;

hukum-hukum-Nya di seluruh bumi.

8Dia ingat akan perjanjian-Nya selama-lamanya,

firman yang diperintahkan-Nya, bagi seribu keturunan,

9 di seluruh wilayah mereka.

32 Kel 9:22-25. Dia mengubah hujan menjadi hujan batu,

dan mencurahkan api bernyala-nyala di tanah mereka.

33Dia juga menumbangkan pokok anggur dan pokok ara

serta menghancurkan pokok-pokok di wilayah mereka.

34 Kel 10:12-15. Dia berfirman, maka datanglah belalang,

belalang muda yang tidak terkira banyaknya;

35yang memakan semua tanaman di tanah mereka,

dan buah-buahan di kawasan mereka.

36 Kel 12:29. Dia juga membunuh semua anak lelaki sulung di tanah mereka,

yang pertama daripada seluruh kekuatan mereka.

37 Kel 12:33-36. Dia membawa umat-Nya keluar dengan perak dan emas,

dan tiada yang lemah antara suku-suku-Nya.

38Apabila mereka pergi orang Mesir bersukacita,

kerana takut akan mereka.

39 Kel 13:21,22. Dia memayungi umat-Nya dengan awan untuk berteduh,

dan memberikan api untuk menerangi mereka pada waktu malam.

40 Kel 16:2-15. Mereka memohon, lalu Dia membawakan burung puyuh

dan mengenyangkan mereka dengan roti syurga.

41 Kel 17:1-7; Bil 20:2-13. Dia membukakan batu pejal, maka air terpancar;

lalu mengalir di tempat-tempat gersang seperti sungai.

42Kerana Dia ingat akan janji-Nya yang suci

dan hamba-Nya Abraham.

43Dia membawa keluar umat-Nya dengan bahagia,

kaum pilihan-Nya dengan sorak-sorai kegembiraan;

44 Yos 11:16-23. Dia memberi kepada mereka tanah orang asing,

dan mereka mewarisi usaha bangsa-bangsa lain —

45supaya mereka mematuhi ajaran-ajaran-Nya

dan mentaati hukum-hukum-Nya.

Pujilah TUHAN!

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help