1Di antara jemaah di Antiokhia ada beberapa orang nabi dan guru: Barnabas, Simeon yang bergelar Niger, Lukius dari Kirene, Menahem, yang dibesarkan bersama Raja Herodes, dan Saul.
2Sedang mereka beribadat kepada Tuhan dan berpuasa, Roh Kudus berkata kepada mereka, “Khaskan Barnabas dan Saul untuk-Ku, bagi melaksanakan tugas yang telah Kutetapkan untuk mereka.”
3Setelah berpuasa dan berdoa, mereka meletakkan tangan ke atas Barnabas dan Saul lalu melepaskan mereka pergi.
Di Siprus4Barnabas dan Saul diutus ke Seleukia oleh Roh Kudus. Dari situ mereka belayar ke Pulau Siprus.
5Apabila sampai di Salamis, mereka menyampaikan firman Allah di saumaah orang Yahudi, dibantu oleh Yohanes.
6Mereka pergi ke serata pulau itu hingga sampai di Pafos. Di situ mereka bertemu dengan seorang ahli sihir bernama Bar-Yusha, seorang nabi palsu Yahudi.
7Dia berkawan baik dengan Sergius Paulus, pemerintah pulau itu, seorang yang bijaksana. Sergius Paulus memanggil Barnabas dan Saul kerana ingin mendengar firman Allah.
8Akan tetapi, Elimas ahli sihir itu (ini namanya dalam bahasa Yunani) cuba menghalang pemerintah itu daripada percaya kepada Yesus.
9Saul, yang juga disebut Paulus, dipenuhi oleh Roh Kudus lalu merenung ahli sihir itu dan
10berkata, “Hai kamu anak Iblis, seteru segala yang benar, kamu yang penuh dengan tipu daya! Tiadakah kamu mahu berhenti memesongkan jalan Tuhan yang betul?
11Tuhan akan menghukum kamu pada saat ini juga. Kamu akan buta, tidak dapat melihat cahaya matahari buat beberapa waktu.”
Dalam sekelip mata Elimas merasa kabus gelap menyelaputi matanya. Dia pun berjalan teraba-raba mencari orang yang dapat memimpinnya.
12Apabila pemerintah itu melihat apa yang terjadi, dia pun mempercayai Yesus dan amat kagum akan pengajaran Tuhan.
Di Pisidia13Paulus dan rakan-rakannya belayar dari Pafos ke kota Perga di Tanah Pamfilia. Dari situ Yohanes meninggalkan mereka lalu pulang ke Yerusalem.
14Yang lain meneruskan perjalanan dari Perga ke kota Antiokhia di Pisidia. Pada hari Sabat mereka masuk ke saumaah lalu duduk di situ.
15Selepas pembacaan Taurat Musa dan Kitab Nabi-nabi, ketua-ketua saumaah itu menghantar orang berkata kepada kedua-dua rasul itu, “Saudara-saudara, sekiranya ada sesuatu nasihat untuk menggalakkan orang di sini, silalah sampaikan.”
16Paulus bangkit, memberikan isyarat lalu berkata,
“Saudara-saudara orang Israel dan sekalian yang takut kepada Allah, dengarlah!
17 meninggalkan saumaah itu, mereka diminta untuk meneruskan penerangan tentang hal-hal tersebut pada hari Sabat berikutnya.
43Setelah bersurai perhimpunan di saumaah itu, ramai orang Yahudi mahupun orang bangsa lain yang telah memeluk agama Yahudi mengikut Paulus dan Barnabas. Kedua-dua rasul itu menasihati mereka supaya sentiasa hidup berpegang teguh pada kasih kurnia Allah.
44Pada hari Sabat berikutnya, hampir seluruh penduduk kota itu berhimpun mendengar firman Tuhan.
45Setelah dilihat oleh orang Yahudi betapa ramainya orang datang itu, timbullah hasad dengki dalam hati mereka lalu mereka membangkang kata-kata Paulus serta mencelanya.
46Namun demikian, Paulus dan Barnabas bercakap dengan berani. Mereka berkata, “Memang seharusnya firman Allah disampaikan kepada kamu terlebih dahulu. Akan tetapi, disebabkan kamu menolak firman-Nya dan menganggap dirimu tidak layak menerima hidup kekal, kami berpaling daripadamu dan pergi kepada bangsa asing.
47Yes 42:6; 49:6.Inilah perintah Tuhan kepada kami:
‘Aku telah menetapkan kamu menjadi cahaya kepada bangsa-bangsa
supaya kamu akan membawa penyelamatan daripada-Ku sampai ke hujung bumi.’ ”
48Orang bangsa asing bersukacita dan memuji firman Tuhan setelah mendengar kata-kata itu. Mereka yang dipilih Allah untuk menerima hidup kekal pun percayalah kepada Yesus.
49Firman Tuhan tersebar di serata daerah itu.
50Orang Yahudi menghasut orang yang berkuasa di kota itu dan wanita-wanita terkemuka bangsa asing yang takut akan Allah. Mereka mula menganiaya Paulus dan Barnabas lalu mengusir kedua-duanya dari daerah tersebut.
51Mat 10:14; Mrk 6:11; Luk 9:5; 10:11.Rasul-rasul itu pun mengebaskan debu dari kaki mereka sebagai bantahan terhadap orang di situ lalu pergi ke Ikonium.
52Bagaimanapun, para murid Yesus amat bergembira dan dipenuhi Roh Kudus.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.