Lukas 12 - Alkitab Versi Borneo

Amaran tentang kemunafikan

1 atau di hadapan pemerintah atau pihak berkuasa, janganlah kamu khuatir bagaimana kamu harus membela diri atau apa yang harus kamu katakan,

12kerana pada waktu itu Roh Kudus akan mengajar kamu apa yang harus kamu katakan.”

Ibarat tentang orang kaya yang bodoh

13Seorang daripada orang ramai itu berkata, “Guru, suruh abang aku membahagikan warisan denganku.”

14Yesus menjawab, “Saudara, siapakah yang menjadikan Aku hakim atau pembahagi warisan kepada kamu?”

15Yesus terus menambah, “Ingatlah baik-baik supaya menjaga diri daripada segala ketamakan kerana kehidupan manusia tidak bergantung pada harta kekayaan yang dimiliki.”

16Lalu Dia pun menceritakan kepada mereka satu ibarat: “Seorang kaya mempunyai tanah yang mengeluarkan hasil yang banyak.

17Dia berfikir dalam hatinya, ‘Apakah yang harus aku buat? Tiada lagi tempat untuk menyimpan hasil tanahku.’

18Dia berkata, ‘Baiklah aku berbuat begini. Aku akan meruntuhkan gudang-gudangku dan membina yang lebih besar. Di situlah aku akan menyimpan segala gandum dan harta bendaku.

19 kerana Bapamu berkenan hendak memberikan kerajaan-Nya kepadamu.

33Juallah hartamu dan berikanlah wang itu kepada orang miskin. Sediakanlah bagi dirimu dompet yang tidak akan usang dan simpanlah kekayaanmu di syurga yang tidak dapat dimasuki oleh pencuri atau dirosakkan oleh gegat.

34Kerana di mana hartamu terkumpul, di situlah hatimu tertumpu.”

Hamba yang berjaga-jaga

35 yang setia dan bijaksana? Dialah yang diamanahkan oleh tuannya untuk mengurus rumah tangganya dan memberikan makanan kepada hamba-hamba yang lain pada waktunya.

43Diberkatilah hamba itu jika dia didapati menjalankan tugas pada waktu tuannya kembali.

44Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, tuan itu akan mengamanahkan segala harta bendanya kepada hamba itu.

45Tetapi jika hamba itu berfikir dalam hatinya, ‘Tuan akan pulang lambat,’ lalu dia mula memukul hamba-hamba lelaki dan perempuan dan makan minum sehingga mabuk.

46Kemudian tuan hamba itu akan kembali pada hari yang tidak disangkanya dan pada waktu yang tidak diketahuinya. Dia akan membunuh hamba itu dan menempatkannya bersama orang yang tidak setia.

47Seorang hamba yang mengetahui kehendak tuannya tetapi tidak bersedia serta tidak melakukannya, akan disebat dengan teruk.

48Tetapi hamba yang tidak mengetahui kehendak tuannya, sekalipun melakukan perkara yang patut dihukum sebat, akan dihukum dengan ringan sahaja. Kerana sesiapa yang diberikan banyak, banyak pula akan dituntut daripadanya. Semakin banyak yang diamanahkan kepada seseorang, semakin banyak pula yang akan dituntut daripadanya.”

Yesus menyebabkan perpecahan

49“Aku datang untuk melontarkan api ke bumi dan betapa inginnya Aku api itu telah menyala!

50Mrk 10:38.Aku harus mengalami suatu baptisan dan betapa resahnya hati-Ku selagi perkara itu belum selesai.

51Adakah pada sangkaanmu, Aku datang untuk membawa damai di dunia? Aku berkata kepadamu, bukan perdamaian melainkan perpecahan!

52Mulai sekarang, lima orang dalam sebuah keluarga akan berpecah, tiga melawan dua dan dua melawan tiga.

53Mi 7:6.Bapa melawan anak lelakinya dan anak lelaki melawan bapanya, ibu melawan anak perempuannya dan anak perempuan melawan ibunya, ibu mertua melawan menantu perempuannya serta menantu perempuan melawan ibu mertuanya.”

Memahami tanda zaman ini

54Yesus berkata kepada orang ramai itu, “Apabila kamu melihat awan naik dari barat, kamu akan berkata, ‘Hari mahu hujan,’ dan begitulah berlakunya.

55Apabila kamu melihat adanya angin selatan bertiup, kamu berkata, ‘Hari akan panas terik,’ dan begitulah berlakunya.

56Hai munafik! Kamu dapat meramalkan cuaca dengan melihat tanda di langit dan bumi, tetapi mengapakah kamu tidak memahami tanda-tanda zaman ini?”

Berdamailah dengan musuh

57“Mengapakah kamu sendiri tidak dapat menentukan apa yang benar?

58Apabila engkau berjalan menuju ke mahkamah bersama orang yang mendakwamu, berusahalah untuk berdamai dengan dia sewaktu dalam perjalanan agar dia tidak mengheretmu kepada hakim dan hakim menyerahkanmu kepada pegawai yang akan memasukkanmu ke dalam penjara.

59Aku berkata kepadamu bahawa kamu akan meringkuk di dalam penjara hingga kamu menjelaskan semua bayaran.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help