1 Raja-Raja 10 - Alkitab Versi Borneo

Salomo melayani ratu negeri Syeba

1

10Kemudian ratu memberi raja seratus dua puluh talenta emas, rempah-ratus dan batu permata yang sangat banyak. Tidak pernah datang lagi rempah-ratus sebanyak pemberian ratu negeri Syeba kepada Raja Salomo itu.

11Tambahan pula angkatan kapal Hiram, yang mengangkut emas dari Ofir, membawa dari Ofir banyak sekali kayu cendana dan batu permata.

12Daripada kayu cendana itu raja membuat anjungan untuk Bait TUHAN dan istana raja, serta kecapi dan gambus bagi penyanyi. Kayu cendana yang demikian itu tidak pernah datang lagi dan tidak pernah terlihat lagi sampai hari ini.

13Raja Salomo memberi ratu negeri Syeba semua yang dikehendakinya dan yang dimintanya, selain apa yang telah diberikan raja kepadanya selaras dengan kemurahan hati Raja Salomo. Lalu ratu itu berangkat pulang ke negerinya bersama-sama para pegawainya.

Kekayaan besar Raja Salomo

14Emas yang dibawa kepada Salomo dalam setahun seberat enam ratus enam puluh enam talenta,

15belum termasuk yang dibawa oleh semua saudagar, pedagang, raja Arab, dan pembesar negeri itu.

16Raja Salomo membuat dua ratus perisai besar daripada emas tempaan. Enam ratus syikal emas terpakai untuk sebuah perisai besar.

17Dia juga membuat tiga ratus perisai kecil daripada emas tempaan. Tiga mina emas terpakai untuk sebuah perisai kecil. Lalu raja menaruh semua itu di dalam gedung “Hutan Lebanon.”

18Selain itu raja juga membuat sebuah takhta besar daripada gading dan menyalutnya dengan emas tua.

19Takhta itu mempunyai enam anak tangga dan bahagian belakang takhta itu berpuncak bulat. Pada setiap sisi tempat duduknya ada pegangan tangan. Di sisi semua pegangan tangan itu berdirilah patung dua ekor singa,

20manakala di atas keenam-enam anak tangga berdirilah patung dua belas ekor singa sebelah-menyebelah. Belum pernah dibuat barang seperti itu di kerajaan mana-mana pun.

21Segala perkakas minuman Raja Salomo terbuat daripada emas, dan segala alat kelengkapan gedung “Hutan Lebanon” terbuat daripada emas murni, tidak ada yang terbuat daripada perak. Pada zaman Salomo perak sudah tidak dianggap berharga lagi.

22Raja mempunyai kapal-kapal Tarsis di laut yang bergabung dengan kapal-kapal Hiram. Tiga tahun sekali kapal-kapal Tarsis itu datang mengangkut emas, perak, gading, kera, dan burung merak.

23Dalam hal kekayaan dan kebijaksanaannya, Raja Salomo melebihi semua raja di bumi.

24Orang dari seluruh bumi berikhtiar menghadap Salomo untuk mendengar kebijaksanaan yang diletak oleh Allah dalam hatinya.

25Tahun demi tahun mereka datang membawa persembahan masing-masing, iaitu barang perak, barang emas, pakaian, senjata, rempah-ratus, kuda, dan baghal.

26 1Raj 4:26. Salomo mengumpulkan rata dan pasukan berkuda. Dia mempunyai seribu empat ratus buah rata dan dua belas ribu orang pasukan berkuda yang ditempatkannya di kota-kota rata dan juga di Yerusalem bersama-sama raja.

27Ul 17:17.Raja membuat perak di Yerusalem sama seperti batu kerana banyaknya, dan pokok araz sama banyaknya seperti pokok ara yang ada di Dataran Rendah.

28Ul 17:16.Kuda untuk Salomo dibawa masuk dari Mesir dan dari Kewe. Saudagar-saudagar raja membelinya dari Kewe dengan harga pasaran.

29Sebuah rata yang dibawa masuk dari Mesir berharga enam ratus syikal perak, manakala seekor kuda berharga seratus lima puluh syikal. Kemudian dengan perantaraan mereka semua itu dijual lagi kepada semua raja Het dan kepada raja-raja Aram.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help