1Israel bagaikan pokok anggur yang subur, yang menghasilkan buah.
Semakin banyak buahnya, semakin banyak pula dibuatnya mazbah berhala.
Semakin maju negerinya, semakin indah pula dibuatnya tiang-tiang berhala.
2Hati mereka licik, dan sekarang mereka harus menanggung kesalahan mereka.
TUHAN akan menghancurkan mazbah-mazbah berhala mereka,
dan memusnahkan tiang-tiang berhala mereka.
3Kemudian mereka akan berkata, “Kita tidak punya raja lagi,
kerana kita tidak takut kepada TUHAN.
Kalaupun kita punya raja, apa yang dapat dilakukannya bagi kita?”
4Mereka membuat janji-janji, bersumpah dusta, mengikat perjanjian,
sehingga hukuman tumbuh seperti pokok beracun di alur-alur ladang.
5Penduduk Samaria ketakutan kerana patung anak lembu di Bet-Awen.
Umatnya akan berkabung kerananya,
begitu pula para imam penyembah berhala yang tadinya bergembira kerananya,
sebab kemuliaannya telah hilang.
6Patung itu akan dibawa ke Asyur sebagai persembahan bagi raja agung itu.
Efraim akan mendapat malu,
Israel akan malu kerana rancangannya sendiri.
7Tentang Samaria, rajanya akan dibinasakan seperti ranting di permukaan air.
8 tuailah kasih abadi;
bajaklah tanahmu yang kosong, kerana sudah waktunya mencari hadirat TUHAN,
hingga Dia datang dan menghujani kamu dengan perbenaran.
13Kamu telah membajak kefasiqan, kamu telah menuai kejahatan,
kamu telah memakan buah dusta.
Kerana kamu terlalu yakin akan jalanmu sendiri
dan kesateriamu yang amat ramai itu,
14maka keributan akan timbul dalam kalangan bangsamu.
Segala kubumu akan dimusnahkan,
seperti Bet-Arbel dimusnahkan oleh Salman pada hari peperangan.
Ibu berserta anak-anak dihempaskan.
15Demikianlah yang akan dilakukan terhadapmu, wahai Betel,
kerana kejahatanmu yang sangat besar.
Pada waktu fajar raja Israel akan dibinasakan sama sekali.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.