1Salomo memberikan perintah untuk membangunkan bait bagi nama TUHAN dan juga istana diraja bagi dirinya.
2Salomo mengerahkan tujuh puluh ribu orang tukang pikul, lapan puluh ribu orang tukang pahat untuk memecah batu di pergunungan, dan tiga ribu enam ratus orang untuk mengawasi mereka.
3Lalu Salomo mengutus orang kepada Hiram, raja Tirus, dengan pesan, “Lakukanlah terhadap aku hal yang sama seperti yang tuan lakukan terhadap Daud, ayahku, ketika tuan mengirimkan kepadanya kayu araz untuk membangunkan istana tempat tinggalnya.
4Sesungguhnya, aku hendak membangunkan sebuah bait bagi nama TUHAN, Allahku, dan mentakdiskannya bagi Dia. Di dalam bait itu akan dibakar dupa harum di hadirat-Nya, disediakan roti persembahan yang tetap, serta dipersembahkan korban bakaran pada waktu pagi dan petang, pada hari Sabat, pada bulan baru, dan pada hari raya yang ditetapkan TUHAN, Allah kami. Semuanya itu kewajipan kekal bagi orang Israel.
5Bait yang hendak kubina itu haruslah besar, kerana Allah kami lebih besar daripada segala tuhan.
6 dan tuan dapat mengangkutnya ke Yerusalem.”
17Salomo menghitung semua pendatang yang ada di Tanah Israel menurut penghitungan yang pernah dilakukan oleh Daud, ayahnya. Didapatilah seratus lima puluh tiga ribu enam ratus orang.
18Daripada kalangan mereka dia menetapkan tujuh puluh ribu orang sebagai tukang pikul, lapan puluh ribu orang sebagai tukang pahat di pergunungan, dan tiga ribu enam ratus orang untuk mengawasi semua orang itu bekerja.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.