1
turun-temurun selama-lamanya.
32 Bil 20:2-13. Mereka juga membuat TUHAN marah di mata air Meriba,
lalu Musa ditimpa kesusahan kerana mereka;
33kerana mereka memberontak terhadap Roh Allah,
sehingga Musa bersuara dengan gopoh.
34 Hak 2:1-3; 3:5,6. Mereka tidak memusnahkan bangsa-bangsa
sebagaimana telah diperintahkan oleh TUHAN kepada mereka,
35sebaliknya mereka bergaul dengan bangsa-bangsa itu
dan mempelajari amalan-amalan mereka.
36Mereka melayani berhala-berhala mereka,
yang menjadi jerat kepada mereka.
37 2Raj 17:17. Malah mereka mengorbankan anak-anak lelaki
dan anak-anak perempuan mereka kepada roh-roh Iblis.
38 Bil 35:33. Dan menumpahkan darah mereka yang tidak bersalah,
darah anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan mereka,
yang dikorbankan oleh mereka untuk berhala-berhala Kanaan,
maka tanah itu dicemari darah.
39Demikianlah mereka dinodai oleh perbuatan mereka sendiri;
dan menjadi seperti pelacur dengan kelakuan mereka sendiri.
40 Hak 2:14-18. Oleh itu, kemurkaan TUHAN dinyalakan terhadap umat-Nya,
maka Dia jijik akan warisan-Nya sendiri.
41Lalu Dia menyerahkan mereka ke tangan bangsa-bangsa asing,
dan orang yang membenci mereka memerintah mereka.
42Musuh mereka juga menindas mereka
dan mereka tunduk di bawah tangan musuh.
43Berkali-kali Dia menyelamatkan mereka,
tetapi mereka memberontak menurut rancangan sendiri lalu mereka dijatuhkan kerana dosa mereka.
44Namun demikian, Dia mengambil berat tentang derita mereka
apabila Dia mendengar seruan mereka;
45dan untuk mereka Dia ingat akan perjanjian-Nya
lalu berlembut kerana kasih-Nya melimpah-limpah.
46Dia juga menyebabkan mereka dikasihani
oleh semua yang membawa mereka pergi sebagai orang tawanan.
47 1Taw 16:35,36. Selamatkanlah kami, ya TUHAN Allah kami,
dan kumpulkan kami daripada kalangan bangsa asing,
supaya kami bersyukur kepada nama-Mu yang suci,
supaya kami berbangga dengan pujian untuk-Mu.
48Pujilah TUHAN, Allah Israel,
dari selama-lamanya ke selama-lamanya.
Dan biarlah semua orang berkata, “Amin!”
Pujilah TUHAN!
Jilid V: 107 — 150Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.