Lukas 2 - Alkitab Versi Borneo

Kelahiran Yesus

1Pada masa itu Kaisar Agustus menitahkan semua penduduk di seluruh dunia dibanci.

2Ketika pembancian pertama dilaksanakan, Kurenius menjadi gabenor di Siria.

3Dalam pembancian tersebut, setiap orang perlu kembali ke tempat lahir masing-masing untuk mendaftarkan diri.

4Oleh itu, Yusuf terpaksa berangkat dari bandar Nazaret di Galilea ke kota Daud yang bernama Betlehem di Yudea kerana dia daripada keturunan Daud.

5Dia pergi untuk mendaftarkan diri bersama Maria, tunangnya yang sedang hamil.

6Sewaktu mereka di sana, tibalah masanya untuk dia bersalin.

7Dia melahirkan seorang anak lelaki, iaitu anak sulungnya. Dia membedung anak itu lalu membaringkan-Nya di dalam sebuah palung kerana tidak ada tempat bagi mereka di rumah tumpangan.

Gembala dan malaikat

8Di daerah itu ada beberapa orang gembala yang bermalam di padang kerana menjaga domba mereka.

9 yang akan dibantahi orang

35supaya fikiran dalam hati mereka didedahkan. Dan jiwamu sendiri akan ditusuk oleh pedang.”

36 Ydt 8:4,5. Ada pula seorang nabiah yang bernama Hana anak Fanuel, daripada suku Asyer. Dia telah lanjut usianya. Sesudah berkahwin selama tujuh tahun dan hidup bersama dengan suaminya,

37Hana kemudian menjadi balu sehingga dia berumur lapan puluh empat tahun. Dia tidak pernah meninggalkan Bait Suci, malahan dia beribadat kepada Allah dengan berpuasa dan berdoa siang malam.

38Pada ketika itu juga, dia datang dan mengucapkan syukur kepada Allah lalu berkata tentang anak itu kepada semua orang yang menantikan pembebasan bagi Yerusalem.

39 Mat 2:23. Setelah ibu bapa-Nya menunaikan segala yang wajib menurut Hukum Tuhan, mereka pulang ke kota Nazaret, kota tempat tinggal mereka di Galilea.

40Anak itu semakin membesar dan bertambah kuat serta penuh dengan kebijaksanaan. Kasih kurnia Allah ada pada-Nya.

Yesus di Bait Suci

41 Kel 12:1-27; Ul 16:1-8. Tiap-tiap tahun ibu bapa-Nya pergi ke Yerusalem untuk menyambut Perayaan Paskah.

42Ketika Yesus berusia dua belas tahun, mereka pergi menghadiri perayaan itu seperti biasa.

43Setelah tamat perayaan itu, mereka pun berangkat pulang; tetapi Yesus, anak mereka itu tertinggal di Yerusalem dan ibu bapa-Nya tidak menyedari hal itu.

44Mereka menyangka Dia ada bersama teman-teman seperjalanan. Oleh itu, mereka berjalan sepanjang hari sebelum mereka mencari-cari Yesus dalam kalangan kaum keluarga dan kenalan mereka.

45Apabila mereka tidak menjumpai-Nya, mereka kembali ke Yerusalem untuk mencari-Nya.

46Selepas tiga hari, mereka akhirnya menemui Yesus di dalam Bait Suci. Dia duduk dikelilingi oleh guru-guru Taurat sambil mendengar pengajaran mereka dan menanya soalan.

47Semua orang yang mendengar Yesus kagum akan pengertian dan jawapan-Nya.

48Ketika ibu bapa-Nya melihat-Nya, mereka juga kagum lalu ibu-Nya berkata, “Anakku, mengapakah Engkau berbuat demikian terhadap kami? Ibu dan ayah begitu bimbang mencari-Mu.”

49Lalu Yesus menjawab, “Mengapakah ibu dan ayah mencari Aku? Tidakkah ibu dan ayah mengetahui Aku harus melakukan kerja Bapa-Ku?”

50Tetapi mereka tidak memahami apa yang dikatakan-Nya kepada mereka.

51Kemudian Dia pulang bersama mereka ke Nazaret. Dia taat kepada mereka. Ibu-Nya menyimpan segala perkara ini dalam hatinya.

521Sam 2:26; Ams 3:4.Yesus semakin membesar dan bijaksana. Dia diredai Allah dan manusia.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help