Efesus 5 - Alkitab Versi Borneo

1Oleh itu, ikutlah teladan Allah seperti anak-anak yang dikasihi.

2 kepada Kristus.

Suami dan isteri

22 Kol 3:18; 1Ptr 3:1. Isteri, tunduklah kepada suamimu seperti kepada Tuhan.

23Kerana suami adalah kepala kepada isteri sebagaimana Kristus kepala jemaah dan Penyelamat tubuh itu.

24Oleh itu, sebagaimana jemaah tunduk kepada Kristus, begitulah juga isteri terhadap suaminya dalam segala hal.

25 Kol 3:19; 1Ptr 3:7. Suami, kasihilah isterimu, sebagaimana Kristus mengasihi jemaah dan menyerahkan diri-Nya untuk jemaah.

26Dengan demikian, Dia dapat menyucikan dan membersihkan jemaah dengan air melalui firman,

27dan menghadapkannya kepada diri-Nya sebagai jemaah yang mulia, tanpa cela atau kerut, tetapi suci dan tidak bercela.

28Demikian juga, suami harus mengasihi isterinya seperti tubuhnya, lelaki yang mengasihi isterinya itu mengasihi dirinya sendiri.

29Tiada sesiapa pun pernah membenci tubuhnya sendiri, tetapi memelihara dan menyayanginya, seperti yang dilakukan oleh Kristus kepada jemaah —

30kerana kita adalah anggota tubuh-Nya.

31Kej 2:24.“Oleh sebab itu, seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu mereka berdua menjadi satu.”

32Ini adalah suatu rahsia besar — tetapi aku bercakap tentang Kristus dan jemaah.

33Walau bagaimanapun, setiap orang daripada kamu hendaklah mengasihi isterinya seperti dirinya sendiri, dan isteri hendaklah menghormati suaminya.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help