1Yesus memanggil murid-Nya yang dua belas itu lalu memberi mereka kuasa dan perintah untuk mengusir segala roh iblis dan menyembuhkan berbagai-bagai penyakit.
2Dia mengutus mereka untuk mengkhabarkan kerajaan Allah dan menyembuhkan orang sakit.
3Yesus berkata kepada mereka, “Jangan kamu bawa apa jua pun dalam perjalananmu, baik tongkat, baik beg, baik makanan, baik wang mahupun dua helai pakaian.
4Di rumah mana-mana pun kamu disambut, menetaplah di situ sehingga kamu beredar dari bandar itu.
5 memikul salib setiap hari, dan mengikut-Ku.
24Mat 10:39; Luk 17:33; Yoh 12:25.Sesiapa yang mahu memelihara nyawanya akan kehilangannya. Tetapi sesiapa yang mengorbankan nyawanya kerana Aku akan memeliharanya.
25Apakah untungnya kepada seseorang jika dia memiliki seluruh dunia tetapi dirinya sendiri kehilangan atau kerugian?
26Jika sesiapa malu mengakui Aku dan ajaran-Ku, Anak Manusia juga malu mengakui dia tatkala Dia datang kelak dengan kemuliaan-Nya sendiri, dan dengan kemuliaan Bapa-Nya serta segala malaikat suci.
27Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu ada beberapa orang di sini yang tidak akan menemui maut sebelum melihat kerajaan Allah.”
Yesus dipermulia28Kira-kira lapan hari setelah Yesus mengatakan perkara tersebut, Dia membawa Petrus, Yohanes dan Yakobus menaiki bukit untuk berdoa.
29Semasa Yesus berdoa, wajah-Nya berubah dan pakaian-Nya menjadi putih berkilau-kilauan.
30Tiba-tiba dua orang, Musa dan Elia, muncul dan bercakap dengan Dia.
31Mereka kelihatan bersinar-sinar dengan kemuliaan dan mereka bercakap dengan Yesus tentang kematian-Nya yang akan ditunaikan di Yerusalem.
32Petrus dan teman-temannya tidur lena tetapi setelah terjaga, mereka melihat kemuliaan Yesus serta kedua-dua orang yang berdiri bersama-Nya.
33Apabila kedua-dua orang itu hendak meninggalkan Yesus, Petrus berkata kepada-Nya, “Tuan, baik sekali kami ada di sini. Biarlah kami dirikan tiga buah khemah: satu untuk Engkau, satu untuk Musa dan satu lagi untuk Elia.” Dia tidak tahu apa yang dikatakannya.
34Ketika Petrus berkata demikian, suatu awan meliputi mereka dan mereka ketakutan.
35Yes 42:1; Mat 3:17; 12:18; Mrk 1:11; Luk 3:22.
2Ptr 1:17,18.Lalu kedengaran suara dari dalam awan itu mengatakan, “Inilah Anak-Ku yang Kupilih. Dengarlah kata-kata-Nya!”36Setelah suara itu berhenti, Yesus kelihatan seorang sahaja. Murid-murid itu berdiam diri dan tidak menceritakan kepada sesiapa jua apa yang telah disaksikan oleh mereka itu.
Yesus menyembuhkan budak yang dirasuk roh iblis37Pada keesokan harinya, mereka turun dari bukit itu dan orang ramai bertemu dengan Yesus.
38Seorang antaranya berseru, “Guru, tolonglah anakku kerana dia anak tunggalku.
39Dia dirasuk sesuatu roh lalu tiba-tiba dia berteriak dan tersentak-sentak sehingga mulutnya berbuih-buih. Roh itu mencederakannya dan tidak mahu melepaskannya.
40Aku telah memohon murid-murid-Mu supaya menghalau roh itu, tetapi mereka tidak dapat melakukannya.”
41Yesus menjawab, “Hai angkatan yang tidak percaya dan sesat ini! Berapa lama lagikah Aku mesti ada bersamamu dan bersabar denganmu? Bawa anakmu itu ke mari.”
42Semasa dia datang, roh jahat itu mencampakkannya ke tanah lalu membuatnya tersentak-sentak. Tetapi Yesus memarahi roh jahat itu, lalu menyembuhkan budak itu dan menyerahkannya kepada bapanya.
43Semua orang tercengang menyaksikan keagungan Allah.
Yesus bercakap tentang kematian-Nya lagiSementara semua orang masih hairan akan segala yang dibuat oleh Yesus, Dia berkata kepada murid-murid-Nya,
44“Jangan lupa akan apa yang Aku katakan kepadamu ini: Anak Manusia akan diserahkan ke tangan manusia.”
45Mereka tidak mengetahui maksud kata-kata itu kerana tersembunyi daripada mereka supaya mereka tidak memahaminya. Mereka takut pula bertanya kepada Yesus tentang perkara itu.
Siapakah yang terbesar?46 Luk 22:24. Mereka bertengkar sesama sendiri tentang siapa antara mereka yang terbesar.
47Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka. Dia memanggil seorang kanak-kanak dan menyuruhnya berdiri di sisi-Nya.
48Mat 10:40; Luk 10:16; Yoh 13:20.Yesus berkata, “Sesiapa yang menyambut kanak-kanak ini kerana Nama-Ku menyambut-Ku. Sesiapa yang menyambut-Ku menyambut Dia yang mengutus-Ku. Sebabnya yang terkecil antara kamu semua ialah yang terbesar!”
Yang tidak melawan kamu berpihak kepada kamu49Yohanes berkata, “Tuan, kami telah melihat seorang yang menghalau roh-roh iblis dengan menggunakan Nama-Mu, dan kami melarang dia kerana dia tidak termasuk dalam golongan kami.”
50Yesus berkata kepadanya, “Janganlah kamu larang dia. Orang yang tidak melawan kamu berpihak kepada kamu.”
Penduduk di sebuah kampung Samaria tidak menerima Yesus51Tatkala waktunya sudah dekat untuk Yesus diangkat ke syurga, Dia menetapkan hati-Nya untuk menuju ke Yerusalem.
52Dia menyuruh beberapa utusan mendahului-Nya. Mereka pun masuk ke sebuah kampung orang Samaria untuk menyediakan tempat persinggahan bagi Yesus.
53Tetapi orang Samaria tidak menerima Yesus kerana Dia sedang menuju ke Yerusalem.
542Raj 1:9-16.Ketika Yakobus dan Yohanes, murid-murid Yesus melihat perkara ini, mereka berkata, “Tuan, adakah Tuan mahu kami menyuruhkan api turun dari langit untuk membinasakan orang Samaria ini?”
55Yesus berpaling dan memarahi mereka.
56Lalu mereka pergi ke sebuah kampung yang lain.
Syarat-syarat menjadi murid Yesus57Ketika mereka dalam perjalanan, seorang berkata kepada Yesus, “Aku sanggup mengikut-Mu ke mana-mana sahaja.”
58Yesus berkata kepadanya, “Musang ada lubangnya dan burung di udara ada sarangnya tetapi Anak Manusia tidak ada tempat untuk meletakkan kepala-Nya.”
59Lalu Dia berkata kepada seorang yang lain, “Ikutlah Aku.”
Tetapi dia menjawab, “Tuhan, izinkanlah aku pulang dahulu untuk menguburkan jenazah bapaku.”
60Yesus berkata kepadanya, “Biarlah orang mati menguburkan orang mati mereka; tetapi engkau pergilah mengkhabarkan kerajaan Allah.”
61 1Raj 19:20. Seorang lain pula berkata, “Aku hendak mengikut Tuan, tetapi biarlah aku pergi mengucapkan selamat tinggal kepada kaum keluargaku terlebih dahulu.”
62Yesus berkata kepadanya, “Tiada seorang pun yang mula membajak dan asyik menoleh ke belakang layak bagi kerajaan Allah.”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.