1Pada masa itu Herodes, raja wilayah, mendengar tentang Yesus.
2Herodes berkata kepada orang di bawahnya, “Ini tentu Yohanes Pembaptis. Dia telah dibangkitkan daripada kematian! Itulah sebab Dia mempunyai kuasa melakukan mukjizat.”
3 Yesus berjalan di atas air menghampiri mereka.
26Apabila murid-murid-Nya melihat-Nya berjalan di atas air, mereka ketakutan lalu menjerit, “Hantu!”
27Yesus segera berkata kepada mereka, “Tabahkanlah hatimu. Aku Yesus. Jangan takut.”
28Petrus berkata, “Tuhan, jika benar Engkau, suruhlah aku berjalan di atas air mendapatkan-Mu.”
29“Marilah,” sahut Yesus.
Petrus turun dari perahu dan mula berjalan di atas air ke arah Yesus.
30Tetapi apabila menyedari betapa kencangnya angin, Petrus berasa takut lalu mula tenggelam. “Tuhan! Selamatkan aku!” serunya.
31Yesus segera menghulurkan tangan memegangnya lalu berkata, “Begitu tipis kepercayaanmu, mengapa engkau ragu?”
32Kedua-dua mereka menaiki perahu dan angin pun tiada.
33Selepas itu, para murid Yesus yang di dalam perahu menyembah-Nya sambil berkata, “Sesungguhnya, Engkaulah Anak Allah!”
34Mereka menyeberang hingga tiba di Genesaret.
35Orang di situ mengenal Yesus lalu menyebarkan berita kedatangan-Nya ke serata daerah itu. Ramailah dibawa orang sakit kepada-Nya.
36Mereka merayu Yesus supaya mengizinkan orang sakit menyentuh hujung jubah-Nya. Semua yang menyentuhnya terus sembuh.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.