1Setelah kematian Saul, Daud pulang dari pertempuran yang menumpaskan orang Amalek, lalu tinggal di Ziklag dua hari lamanya.
2Pada hari ketiga, datanglah seorang daripada pasukan Saul. Pakaiannya koyak-rabak dan kepalanya berdebu. Sesampainya di hadapan Daud, dia sujud memberi hormat.
3Daud bertanya kepadanya, “Engkau datang dari mana?”
Jawabnya, “Aku melarikan diri daripada pasukan Israel.”
4Tanya Daud kepadanya, “Apakah yang telah berlaku? Ceritakanlah kepadaku.”
Jawabnya, “Ramai yang melarikan diri dari medan perang bahkan ramai yang gugur dan terkorban. Saul dan Yonatan, anaknya, juga telah gugur.”
5Lalu Daud bertanya kepada orang muda yang menyampaikan khabar itu kepadanya, “Bagaimanakah engkau tahu bahawa Saul dan Yonatan, anaknya, telah gugur?”
6
19Kemuliaanmu, wahai Israel, terbunuh di tempat-tempatmu yang tinggi!
Betapa telah gugur para kesateria!
20Jangan khabarkan hal itu di Gat,
jangan beritakan hal itu di lorong-lorong Askelon,
supaya jangan para anak perempuan orang Filistin bersukacita,
supaya jangan anak-anak perempuan orang yang tidak bersunat itu bersuka ria.
21Wahai gunung-gunung Gilboa,
janganlah ada embun, janganlah ada hujan di atasmu,
janganlah ladang-ladangmu mengeluarkan hasil,
kerana di sanalah terhumbannya perisai para kesateria,
perisai Saul yang tidak lagi diurapi minyak.
22Daripada darah kalangan umat yang terbunuh,
daripada lemak para kesateria,
busur panah Yonatan tidak pernah berbalik
dan pedang Saul tidak pernah kembali dengan hampa.
23Saul dan Yonatan ialah orang yang dicintai dan yang menyenangkan,
yang tidak terpisah dalam hidup dan mati mereka.
Mereka lebih cepat daripada burung rajawali,
mereka lebih kuat daripada singa.
24Wahai kaum wanita Israel,
ratapilah Saul,
yang mendandani kamu dalam kemewahan kain merah menyala,
yang menyematkan segala perhiasan emas pada busanamu.
25Betapa telah gugur para kesateria
dalam medan pertempuran!
Yonatan terbunuh di kawasan bukit yang tinggi-tinggi.
26Hatiku sengsara kerana engkau,
Yonatan, saudaraku.
Terlalu ramah engkau kepadaku,
ajaib kasihmu kepadaku,
lebih daripada cinta kaum wanita.
27Betapa telah gugur para pahlawan
dan musnah sudah segala senjata peperangan!
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.