1Cabutan undi kedua memihak suku Simeon, iaitu bagi suku bani Simeon menurut kaum-kaum mereka. Harta pusaka mereka terletak di tengah-tengah harta pusaka bani Yehuda,
2
47Hak 18:27-29.Bani Dan kehilangan sebahagian daripada daerah mereka lalu mereka maju berperang melawan kota Lesem. Mereka menawan kota itu, membunuh penduduknya dengan mata pedang, mendudukinya, dan tinggal di sana. Lesem dinamai mereka Dan menurut nama bapa leluhur mereka, Dan.
48Kota-kota itu dengan desa-desanya itulah harta pusaka suku bani Dan menurut kaum-kaum mereka.
Tanah pusaka Yosua49Setelah mereka selesai membahagi-bahagikan negeri itu menjadi harta pusaka mereka menurut daerah-daerahnya, orang Israel memberikan suatu harta pusaka kepada Yosua anak Nun di tengah-tengah mereka.
50Menurut perintah TUHAN, mereka memberikan kepadanya kota yang dimintanya, iaitu Timnat-Serah di pergunungan Efraim. Kemudian dia membina kota itu dan tinggal di dalamnya.
51Itulah harta pusaka yang dibahagi-bahagikan oleh Imam Eleazar, Yosua anak Nun, dan ketua kaum keluarga suku-suku orang Israel dengan mencabut undi di Silo, di hadapan TUHAN, di depan pintu Khemah Pertemuan. Demikianlah mereka menyelesaikan pembahagian negeri itu.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.