Amos 5 - Alkitab Versi Borneo

Ratapan tentang Israel

1Dengarlah perkataan dalam rintihanku ini tentang kamu, wahai keturunan kaum Israel,

2“Sang perawan Israel telah jatuh dan tidak dapat bangkit lagi.

Dia terbuang di buminya sendiri,

dan tiada sesiapa untuk membantunya bangun lagi.”

3Beginilah firman Tuhan Allah,

“Kota yang maju berperang dengan seribu orang

hanya akan ada saki-baki seratus orang.

Kota yang maju berperang dengan seratus orang

hanya akan ada sisa sepuluh orang bagi keturunan kaum Israel.”

Jalan menuju hidup

4Beginilah firman TUHAN kepada keturunan kaum Israel,

“Carilah Aku, maka kamu akan hidup!

5Jangan mencari Betel,

jangan masuk ke Gilgal,

dan jangan menyeberang ke Bersyeba,

kerana Gilgal pasti hanya menuju pembuangan dan Betel akan dilenyapkan.”

6Carilah TUHAN, maka kamu akan hidup.

Jangan sampai Dia memancar seperti api menentang keturunan kaum Yusuf

dan merentungkan Betel tanpa ada yang mampu memadamkan api itu.

Melawan perkosaan keadilan

7Wahai kamu yang mengubah keadilan kepada suatu kepahitan

dan mencampakkan yang benar ke tanah!

8 seperti sungai yang selalu mengalir.

25 Kis 7:42,43. Adakah selama empat puluh tahun di tanah gurun

kamu mempersembahkan kepada-Ku korban sembelihan dan persembahan,

hai keturunan kaum Israel?

26Kamu akan mengusung Sakut, rajamu,

dan Kewan, tuhan-tuhan bintangmu,

berhala-berhala yang telah kamu buat bagimu itu.

27Lalu Aku akan membuang kamu, jauh ke seberang Damsyik,”

demikianlah firman TUHAN, yang bernama Allah alam semesta.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help