1Anak-anakku, aku menuliskan hal-hal ini kepadamu supaya kamu tidak berbuat dosa. Akan tetapi, jika sesiapa berbuat dosa, kita mempunyai seorang Pembela ke hadirat Bapa, iaitu Yesus Kristus Yang Benar itu.
2Dialah korban pendamaian bagi dosa kita, malah bukan dosa kita sahaja tetapi dosa seluruh umat manusia.
3Jika kita taat akan perintah Allah, benarlah kita mengenal-Nya.
4Sekiranya seseorang berkata, “Aku mengenal Allah,” tetapi tidak taat akan perintah-Nya, maka dia seorang pendusta dan kebenaran tidak ada dalam dirinya.
5Tetapi jika sesiapa taat akan firman Allah, maka sempurnalah kasih Allah di dalam orang itu. Dengan demikian kita ketahui kita ada di dalam Dia:
6Sesiapa berkata bahawa dia tetap di dalam Allah, hendaklah dia menurut jejak langkah Kristus.
7 maka kamu mengenal kebenaran.
21Aku menulis kepadamu bukan kerana kamu tidak mengenal kebenaran tetapi kerana kamu mengenalnya. Kamu juga tahu bahawa yang dusta tidak berasal daripada yang benar.
22Sesiapa yang mengatakan bahawa Yesus bukan Kristus, dialah pendusta. Orang itu tidak mengakui Bapa dan Anak-Nya, dan dialah dajal, penentang Kristus.
23Sesiapa yang tidak mengakui Anak, maka dia juga tidak mengakui Bapa. Sesiapa yang menerima Anak, maka dia juga menerima Bapa.
24Oleh yang demikian, pastikan perkhabaran yang kamu dengar dari mulanya tetap ada di dalam dirimu. Jika perkhabaran itu tetap ada di dalam dirimu, kamu akan sentiasa tetap di dalam Anak dan juga di dalam Bapa.
25Inilah yang dijanjikan kepada kita, iaitu hidup yang kekal.
26Aku menulis kepadamu tentang mereka yang hendak menyesatkanmu.
27Tetapi bagi kamu, pengurapan yang kamu terima daripada-Nya itu tetap ada dalam dirimu. Kamu tidak memerlukan ajaran daripada sesiapa pun, kerana Roh-Nya telah mengajar segalanya kepadamu, dan segalanya benar, tidak ada yang dusta. Oleh itu, tetaplah kamu di dalam Dia.
Anak-anak Allah28Sekarang pun, hai anak-anakku, kamu harus tetap di dalam-Nya, supaya apabila Dia datang kelak, kita dapat menghadap-Nya dengan berani, tanpa rasa malu.
29Jika kamu tahu bahawa Dia itu benar, maka kamu harus tahu bahawa orang yang melakukan apa yang benar, lahir daripada Allah.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.