Yeremia 47 - Alkitab Versi Borneo

Tentang orang Filistin

1 Yes 14:29-31; Yeh 25:15-17; Yl 3:4-8; Am 1:6-8; Zef 2:4-7; Za 9:5-7. Firman TUHAN datang kepada Nabi Yeremia mengenai orang Filistin, sebelum Firaun mengalahkan Gaza.

2Beginilah firman TUHAN,

“Lihat, air meluap dari utara

menjadi sungai yang menghanyutkan,

meliputi negeri dan segala isinya,

kota serta penduduknya.

Manusia akan menjerit

dan seluruh penduduk negeri akan meraung-raung

3mendengar bunyi derap kuku kudanya,

mendengar deru rata-ratanya, gemuruh roda-rodanya.

Ayah tidak berani menoleh ke belakang kepada anak mereka,

semangat mereka patah,

4kerana waktunya telah tiba untuk membinasakan semua orang Filistin

dan untuk melenyapkan semua penolong yang masih tinggal di Tirus dan Sidon.

Sesungguhnya, TUHAN akan membinasakan orang Filistin,

saki-baki orang Pulau Kaftor.

5Gaza menjadi gondol,

Askelon dimusnahkan.

Wahai orang yang tersisa di lembahnya,

berapa lama lagi engkau menoreh-noreh diri?

6Ah, pedang TUHAN,

berapa lama lagi baru engkau berhenti?

Masuklah ke dalam sarungmu,

tenanglah dan diamlah!

7Bagaimanakah dia dapat berhenti,

sedangkan TUHAN telah memberinya perintah?

Ke Askelon dan ke tepi laut,

ke sanalah Dia menetapkannya.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help