1Apabila mereka sudah berhampiran Yerusalem, di Betfage, di Bukit Zaitun, Yesus mengutus dua orang murid,
2kata-Nya, “Pergilah ke kampung yang di hadapan itu. Kamu akan terus melihat seekor keldai tertambat, serta anaknya. Lepaskan keldai itu dan bawa kedua-duanya kepada-Ku.
3Sekiranya ada orang berkata apa-apa, katakan kepadanya, ‘Tuhan memerlukannya.’ Dia akan terus memulangkannya.”
4Dengan demikian terlaksanalah apa yang dikatakan oleh nabi:
5 tetapi kamu tidak percaya kepadanya; manakala pemungut cukai dan pelacur percaya kepadanya. Setelah melihat hal ini pun, kamu tetap tidak menyesal dan percaya kepadanya.”
Ibarat tentang penyewa ladang33 Yes 5:1,2. “Dengarlah satu ibarat lagi: Seorang tuan tanah menanam sebuah ladang anggur. Dia memasang pagar sekeliling ladangnya, menggali lubang tempat memeras anggur, dan membina menara tempat berkawal. Kemudian dia menyewakan ladang anggur itu kepada beberapa orang, lalu pergi ke negeri lain.
34Apabila tiba musim memetik, tuan tanah itu menghantar hamba-hambanya kepada para penyewa itu meminta bahagiannya daripada hasil ladang itu.
35Tetapi para penyewa ladang menangkap hamba-hamba itu. Ada yang dipukul, ada yang dibunuh, dan ada yang direjam.
36Tuan tanah itu menghantar hamba-hamba yang lain pula, lebih banyak lagi bilangannya. Tetapi hamba-hamba itu pun diperlakukan begitu juga.
37Akhirnya tuan itu menghantar anaknya sambil berfikir, ‘Tentu mereka akan menghormati anakku.’
38Tetapi apabila para penyewa itu melihat anak tuan itu, mereka berkata sama sendiri, ‘Marilah kita bunuh warisnya, supaya dapat kita rampas harta pusakanya.’
39Mereka pun menangkapnya, menghumbankannya ke luar ladang dan membunuhnya.”
40Selepas itu Yesus bertanya, “Apabila tuan ladang anggur itu pulang, apakah yang akan dilakukannya kepada penyewa-penyewa itu?”
41Mereka menjawab, “Tentu dia akan membunuh semua orang yang jahat itu dan menyewakan ladang anggurnya kepada orang lain yang sanggup memberikan bahagiannya daripada hasil ladang itu pada musim memetik anggur.”
42 Mzm 118:22,23. Yesus berkata kepada mereka, “Tidakkah kamu baca apa yang tersurat dalam Kitab Suci:
‘Batu yang dibuang oleh pembina
telah menjadi batu penjuru.
Inilah perbuatan Tuhan;
Sungguh hebat di mata kami!’?
43Sesungguhnya, hak untuk memasuki kerajaan Allah akan diambil daripadamu dan diberikan kepada bangsa yang memberikan hasil yang dikehendaki Allah.
44Sesiapa yang jatuh ke atas batu itu akan hancur luluh; dan sesiapa yang ditimpa batu itu akan remuk-redam.”
45Apabila ketua imam dan orang Farisi mendengar ibarat-ibarat Yesus, fahamlah mereka bahawa Dia bercakap tentang mereka.
46Oleh itu, mereka cuba menangkap Yesus. Tetapi mereka takut akan orang ramai yang menganggap Yesus sebagai seorang nabi.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.