Yohanes 9 - Alkitab Versi Borneo

Penyembuhan seorang lelaki yang buta sejak lahir

1Ketika Yesus sedang lalu di suatu tempat, Dia terpandang seorang lelaki yang buta sejak lahir.

2Para murid-Nya bertanya, “Rabbi, siapakah yang berdosa, orang itu atau ibu bapanya, maka dia dilahirkan buta?”

3Yesus menjawab, “Bukan dosa dia dan bukan juga dosa ibu bapanya. Dia begitu supaya kuasa Allah dapat dinyatakan melaluinya.

4Selagi siang, kita mesti melakukan tugas Dia yang telah mengutus-Ku. Malam akan tiba apabila seorang pun tidak dapat melakukan apa-apa lagi.

5.

23Maka oleh itulah ibu bapanya berkata, “Dia sudah dewasa, tanyalah dia.”

24Mereka pun memanggil orang itu lagi dan berkata, “Akuilah kemuliaan Allah! Kamu tahu Dia itu orang berdosa.”

25Dia menjawab, “Sama ada Dia orang berdosa atau tidak, aku tidak tahu. Yang kutahu, dahulu aku buta, sekarang aku dapat melihat.”

26Mereka bertanya lagi, “Apa yang dibuat-Nya kepadamu? Bagaimana Dia mencelikkan matamu?”

27Dia menjawab, “Aku telah pun memberitahumu, tetapi kamu tidak mendengar. Mengapakah kamu hendak mendengarnya lagi? Adakah kamu ingin menjadi murid-Nya juga?”

28Mereka mencacinya dan berkata, “Kamulah murid-Nya. Kami murid Musa.

29Kami tahu Allah berfirman kepada Musa. Orang itu, tiada siapa yang tahu dari mana Dia datang.”

30“Hairan sekali,” kata orang yang dahulunya buta itu. “Kamu tidak tahu dari mana Dia datang, tetapi Dia telah mencelikkan mataku!

31Kita tahu bahawa Allah tidak mendengar permintaan orang berdosa. Tetapi jika seseorang takut akan Allah dan melakukan kehendak-Nya, Allah akan mendengar permintaannya.

32Sejak permulaan dunia, belum pernah kedengaran kisah orang yang dapat mencelikkan mata orang yang buta sejak lahir.

33Jika orang itu bukan daripada Allah, tidaklah dapat Dia melakukannya.”

34Mereka berkata kepadanya, “Kamu orang berdosa sejak lahir. Kamu hendak cuba mengajar kami?” Mereka pun menghalaunya keluar.

Kebutaan rohani

35Yesus mendengar bahawa mereka telah menghalaunya keluar, dan selepas menemuinya, Dia bertanya, “Adakah kamu percaya kepada Anak Manusia?”

36Orang itu menjawab, “Siapakah Dia, Tuan? Katakanlah kepadaku, supaya aku dapat percaya kepada-Nya.”

37Yesus berkata, “Kamu sudah pun melihat-Nya. Dialah yang sedang bercakap denganmu sekarang.”

38Orang itu berkata, “Ya Tuhan, aku percaya.” Dia pun sujud kepada Yesus.

39Yesus berkata, “Aku datang ke dunia ini untuk menghakimi manusia; supaya orang buta dapat melihat, manakala orang yang dapat melihat pula buta.”

40Ketika orang Farisi di situ mendengar kata-kata Yesus, mereka bertanya kepada-Nya, “Adakah Kaumaksudkan kami juga buta?”

41Yesus menjawab, “Kalaulah kamu buta, tidaklah kamu berdosa. Tetapi kamu berkata kamu dapat melihat, maka kamu tetap berdosa.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help