1 sebagai perisai dada,
15Yes 52:7.menyarungkan ke kakimu persediaan menyebarkan Injil perdamaian.
16Yang paling utama, memakai perisai iman, untuk memadamkan segala anak panah berapi si durjana,
17Yes 59:17.dan ketopong penyelamatan serta pedang Roh, iaitu firman Allah.
18Sambil itu, pohonlah sentiasa dengan segala doa dan rayuan dalam Roh, serta berjaga-jaga dengan segala ketekunan dan permohonan untuk semua orang yang salih.
19Berdoalah juga untukku, supaya aku dikurniai daya pengucapan dan aku membuka mulut dengan berani untuk memberitahu rahsia Injil,
20sedangkan aku adalah utusan yang terpenjara, supaya dengannya aku dapat bertutur dengan berani, sebagaimana sepatutnya aku bertutur.
Salam penutup21 Kis 20:4; 2Tim 4:12. Kol 4:7,8. Tetapi supaya kamu tahu hal ehwalku dan bagaimana keadaanku, maka Tikhikus, seorang saudara yang dikasihi dan hamba yang beriman kepada Tuhan, akan memberitahu segalanya kepadamu.
22Aku menghantarnya kepadamu untuk tujuan ini, supaya kamu mengetahui hal ehwal kami dan dia dapat menggalakkan hatimu.
23Damai sejahtera kepada saudara-saudara kita, dan kasih dengan iman daripada Allah Bapa dan Tuhan Yesus Kristus.
24Kasih kurnia Allah bagi semua yang mengasihi Tuhan kita Yesus Kristus dengan kasih yang kekal.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.