Kisah Para Rasul 22 - Alkitab Versi Borneo

Paulus membela diri di Yerusalem

1“Bapa-bapa dan saudara-saudara sekalian. Dengarlah peneranganku.”

2Setelah mereka mendengar Paulus bertutur dalam bahasa Ibrani, mereka terus senyap.

Paulus berkata,

3 Yang Benar serta mendengar suara-Nya.

15Kamu akan menjadi saksi tentang-Nya kepada semua manusia, termasuk segala yang telah kamu lihat dan dengar itu.

16Sekarang mengapa kamu berlengah-lengah lagi? Bangunlah untuk dibaptiskan dan minta dihapuskan segala dosamu sambil menyeru nama-Nya.’ ”

17“Setelah aku pulang ke Yerusalem, sedang aku berdoa di Bait Suci, aku terlalai

18lalu melihat Dia dan mendengar kata-kata-Nya kepadaku, ‘Segeralah keluar dari Yerusalem, kerana mereka tidak akan menerima kesaksian daripadamu tentang-Ku.’

19Aku berkata, ‘Ya Tuhan, mereka tahu bahawa aku pernah memenjarakan dan memukul orang yang mempercayai-Mu dalam semua saumaah;

20Kis 7:58.dan apabila darah Stefanus saksi-Mu itu ditumpahkan, aku turut berdiri berdekatan dan menyetujui pembunuhan itu, serta menjaga pakaian orang yang membunuhnya.’

21Kata-Nya kepadaku, ‘Keluarlah dari sini, kerana Aku hendak mengutusmu jauh-jauh kepada orang bangsa asing.’ ”

Paulus warga negeri Roma

22Orang ramai mendengar ucapan Paulus setakat itu, kemudian berseru lantang, “Hapuskan orang begini dari muka bumi, tidak patut dia dibiarkan hidup!”

23Mereka berteriak-teriak sambil mengebas-ngebas pakaian sehingga debu berterbangan.

24Ketua pasukan tentera itu menyuruh orangnya membawa Paulus ke dalam kubu. Dia mengarahkan mereka menyebat dan menyoalnya untuk mengetahui mengapa orang ramai berseru-seru demikian tentangnya.

25Paulus diikat dengan tali kulit lalu dia berkata kepada ketua tentera yang berdiri di situ, “Jika seorang warga negeri Roma belum diadili dan didapati bersalah, berkuasakah kamu menyebatnya?”

26Apabila ketua tentera itu mendengar kata-kata Paulus, dia pergi memberitahu ketuanya tentang perkara itu. Katanya, “Apa hendak kamu buat? Orang ini warga negeri Roma.”

27Ketua pasukan tentera itu mendapatkan Paulus lalu berkata, “Katakanlah kepadaku, adakah engkau ini warga negeri Roma?”

Paulus menjawab, “Ya.”

28Ketua pasukan tentera itu berkata, “Aku dapat menjadi warga negeri dengan bayaran yang tinggi.”

Paulus menjawab, “Tetapi aku dilahirkan sebagai warga negeri Roma.”

29Semua orang yang hendak menyoalnya itu berundur, dan ketua pasukan tentera itu ketakutan kerana telah mengikat warga Romawi.

Paulus di hadapan Majlis Agama

30Esoknya, untuk mengetahui dengan pasti apa sebabnya Paulus dituduh oleh orang Yahudi, ketua tentera itu meminta imam besar dan semua ahli Majlis Agama berhimpun. Kemudian dia melepaskan Paulus daripada ikatan dan menghadapkannya kepada perhimpunan itu.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help