Mazmur 82 - Alkitab Versi Borneo

Mazmur Asaf.

1Allah berdiri dalam perhimpunan perkasa;

Dia menghakimi antara “hakim-hakim syurga”:

2“Berapa lamakah kamu akan menghakimi dengan tidak adil

dan memihak kepada orang zalim? Sela

3Belalah orang miskin dan anak yatim;

lakukanlah keadilan kepada orang yang miskin dan ditindas.

4Selamatkan orang yang lemah dan sesak;

lepaskan mereka daripada tangan orang zalim.”

5“Mereka tidak tahu, dan tidak mengerti.

Mereka merayau dalam kegelapan; semua asas bumi sudah goyah.”

6 Yoh 10:34. “Aku berkata, ‘Kamu ialah “tuhan”;

dan kesemua kamu ialah anak Yang Maha Tinggi.’

7Tetapi kamu akan mati seperti manusia;

dan jatuh seperti seorang anak raja.”

8Bangkitlah, ya Allah, hakimilah bumi,

kerana semua bangsa ialah warisan-Mu.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help