1Apabila berita itu sampai kepada semua raja yang tinggal di sebelah tebing barat Sungai Yordan — di pergunungan, di dataran rendah, dan di sepanjang pesisir Laut Besar sampai ke seberang Lebanon — iaitu raja bani Het, bani Amori, bani Kanaan, bani Feris, bani Hewi, dan bani Yebus,
2bergabunglah mereka serentak dan bersatu hati untuk berperang melawan Yosua serta orang Israel.
3Akan tetapi, apabila penduduk Gibeon mendengar apa yang dilakukan Yosua terhadap Yerikho dan Ai,
4mereka pun bermuslihat menggunakan tipu helah. Mereka berpura-pura menjadi orang utusan yang membawa sekawanan keldai yang dimuatkan dengan karung usang serta kantung kulit bekas simpanan air anggur yang koyak dan bertampal-tampal.
5Kaki mereka bersarungkan kasut buruk yang juga bertampal-tampal, dan pakaian mereka juga lusuh. Segala bekalan roti mereka pun kering lagi keras.
6Lalu pergilah mereka menemui Yosua di perkhemahan di Gilgal. Kata mereka kepadanya dan kepada orang Israel, “Kami datang dari negeri yang jauh. Sekarang, ikatlah perjanjian dengan kami.”
7 Allahku.”
24Jawab mereka kepada Yosua, “Kerana para hambamu ini telah diberitahukan dengan sungguh-sungguh bahawa TUHAN, Allahmu, telah memerintahkan Musa, hamba-Nya, untuk memberikan kepadamu seluruh negeri ini dan untuk memusnahkan seluruh penduduk negeri ini dari hadapanmu. Kami sangat takut kehilangan nyawa kami kerana kamu, sehingga kami melakukan hal ini.
25Sekarang, sesungguhnya kami ini ada dalam kekuasaan tuan. Perlakukanlah kami sebagaimana tuan pandang baik dan benar.”
26Demikianlah dia memperlakukan mereka dan melepaskan mereka daripada tangan orang Israel, sehingga mereka tidak dibunuh.
27Pada hari itu Yosua menjadikan mereka pembelah kayu serta penimba air bagi umat dan bagi mazbah TUHAN di tempat yang akan dipilih-Nya, dan hal itu berterusan sampai hari ini.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.