Kejadian 18 - Alkitab Versi Borneo

Tiga orang tetamu istimewa

1TUHAN menampakkan diri kepada Abraham dekat pokok-pokok oak Mamre semasa dia duduk di pintu khemahnya sewaktu hari paling panas terik.

2 pun sudah tua?”

13Lalu berfirmanlah TUHAN kepada Abraham, “Mengapakah Sarah tertawa dan berkata, ‘Akankah aku lahirkan anak, kerana kini aku sudah tua begini?’

14Luk 1:37.Adakah apa-apa yang mustahil bagi TUHAN? Pada waktu yang telah ditetapkan, iaitu tahun hadapan, Aku akan kembali kepadamu dan Sarah akan mempunyai seorang anak lelaki.”

15Sarah menjadi takut lantas dia menyangkal dan berkata, “Aku tidak tertawa.”

Tetapi jawab-Nya, “Tidak, kamu memang tertawa.”

16Kemudian orang itu berangkat dari sana dan memandang ke arah Sodom. Abraham berjalan menyertai mereka untuk menghantarkan mereka.

17TUHAN berfirman, “Akankah Kusembunyikan daripada Abraham apa yang hendak Kulakukan ini,

18sedangkan Abraham akan menjadi bangsa yang besar dan kuat, dan melaluinya semua bangsa di bumi akan diberkati?

19Aku telah memilih dia agar dia memerintahkan anak-anak serta kaum keluarganya untuk memelihara jalan TUHAN dengan melakukan yang benar dan adil. Dengan demikian, TUHAN memenuhi apa yang telah dijanjikan-Nya kepada Abraham.”

20Selanjutnya TUHAN berfirman, “Hebat sekali jeritan terhadap Sodom dan Gomora dan dosa mereka teramat berat.

21Aku akan hadir untuk mengamati sama ada perbuatan mereka memang selaras dengan bangkangan yang diteriakkan kepada-Ku atau tidak. Aku mahu menyelidikinya.”

Doa Abraham untuk Sodom

22Maka dua orang itu beranjak dari sana dan berjalan ke arah Sodom, tetapi Abraham masih tetap berdiri di hadapan TUHAN.

23Lalu Abraham mendekat-Nya dan berkata, “Masakan Engkau melenyapkan orang benar bersama-sama orang fasiq?

24Kalau ada lima puluh orang benar dalam kota itu, akankah Engkau tetap lenyapkan tempat itu? Tidakkah Engkau mahu pelihara tempat itu kerana lima puluh orang benar yang ada di dalamnya?

25Engkau sekali-kali tidak akan melakukan hal itu, membunuh orang benar bersama-sama orang fasiq, sehingga orang benar itu disamakan dengan orang fasiq. Engkau sekali-kali tidak akan melakukan sedemikian! Bukankah Hakim semesta bumi akan berlaku adil?”

26Firman TUHAN, “Jika Kudapati lima puluh orang benar di Kota Sodom, maka akan Kupelihara seluruh tempat itu kerana mereka.”

27Kata Abraham pula, “Sesungguhnya, aku memberanikan diri berbicara kepada Tuhan, sekalipun aku hanyalah debu dan abu.

28Kalau kurang lima sahaja daripada lima puluh orang benar itu, akankah Engkau tetap musnahkan seluruh kota itu hanya kerana lima orang itu?”

Firman-Nya, “Jika Kudapati di sana empat puluh lima orang, Aku tidak akan memusnahkannya.”

29Abraham berkata lagi kepada-Nya, “Kalau didapati empat puluh orang di sana?”

Firman-Nya, “Kerana empat puluh orang itu Aku tidak akan melakukannya.”

30Kata Abraham, “Janganlah kiranya TUHAN murka jika aku berbicara lagi. Kalau didapati di sana tiga puluh orang?”

Firman-Nya, “Jika Kudapati di sana tiga puluh orang Aku tidak akan melakukan hal itu.”

31Kata Abraham, “Sesungguhnya, aku memberanikan diri berbicara kepada TUHAN. Kalau didapati di sana dua puluh orang?”

Firman-Nya, “Kerana dua puluh orang itu Aku tidak akan memusnahkannya.”

32Kata Abraham, “Semoga TUHAN tidak murka jika aku berbicara sekali ini sahaja lagi. Kalau didapati di sana sepuluh orang?”

Firman-Nya, “Kerana kesepuluh orang itu Aku tidak akan memusnahkannya.”

33Setelah selesai berfirman kepada Abraham, TUHAN meninggalkan tempat itu, lalu Abraham pun kembali ke kediamannya.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help